? ??????????????Love Storm? ????? ?? ???Rating: 4.3 (31 Ratings)??2586 Grabs Today. 23401 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Gorgeous Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??1186 Grabs Today. 33025 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Outsid BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 9, 2010

WAJAH BARU PERPUSTAKAAN SYED MASHOR





















Pada tahun 2010,Perpustakaan Syed Mashor telah diubah keadaan dalaman supaya menjadi lebih ceria daripada sebelumnya.Inisiatif yang di lakukan kakitangan perpustakaan ini adalah satu langkah drastik bagi menarik lebih ramai pengunjung datang ke Perpustakaan Syed Mashor.



























Keadaan perpustakaan yang ceria akan dapat memberi daya tarikan kepada pengunjung untuk datang ke perpustakaan. Pengunjung akan merasa selesa dan tenang dalam membuat aktiviti di perpustakaan sesuai dengan peranan perpustakaan yang sebenar.













Ruang yang mempamerkan suasana yang harmoni membolehkan pengunjung menggunakan perpustakaan sebaik-baiknya dalam menjadi masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Sememangnya perpustakaan akan menjadi peranan utama untuk menambah komitmen pengunjung yang amat diperlukan pada era globalisasi ini dalam menjadi masyarakat yang berilmu. Perpustakaan ini sentiasa bersedia dengan kemudahan terkini meliputi bahan-bahan bercetak dan tidak bercetak yang membolehkan pengunjung perpustakaan mendapatkan maklumat dan pengetahuan dengan mudah dan cekap.

AKTIVITI AKAN DATANG SEMPENA CUTI SEKOLAH 2010

Sempena cuti sekolah bulan jun 2010,Perpustakaan Kuala Kubu Bharu akan mengadakan aktiviti yang di jalankan pada 12/06/2010.Aktiviti yang akan diadakan adalah pertandingan bercerita bertemakan cerita dongeng rakyat dan kisah masyarakat.Aktiviti ini terhad kepada 30 orang sahaja ( sijil penyertaan disediakan),Hanya terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.Setiap penyertaan aktiviti adalah percuma dan tidak di kenakan bayaran.Tempat aktiviti di jalankan di dewan perpustakaan syed mashor.Program ini di kendalikan dari pelajar UPSI.








5X HADIAH UTAMA


5X HADIAH SAGUHATI




PERTANDINGAN BERCERITA



TEMA: DONGENG RAKYAT / KISAH MASYARAKAT



TARIKH: 12 JUN 2010



MASA: 10.00 AM HINGGA 1.00 PM



PAKAIAN MENGIKUT TEMA



MASA PENDAFTARAN:9.15 AM



BORANG PENDAFTARAN BOLEH DI DAPATI DI KAUNTER



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:



TEL: 03-60641542





DI ANJURKAN:




Tuesday, June 8, 2010

AKTIVITI PERPUSTAKAAN KUALA KUBU BHARU



































































Aktiviti Perpustakaan Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada setiap musim cuti sekolah.program ini akan di jalankan sempena menambahkan lagi bilangan ahli perpustakaan.Program yang selalu di jalankan pada setiap musim cuti sekolah seperti mewarna, membaca, kraftangan dan permainan dalaman.Program seperti ini akan menggalakan kanak-kanak, ibu bapa datang ke perpustakaan.Setiap ahli perpustakaan atau pengguna boleh menyertai aktiviti atau program yang di jalankan oleh pihak perpustakaan.






































































































































KAKITANGAN PERPUSTAKAAN SYED MASHOR KUALA KUBU BHARU

PENOLONG PEGAWAI







EN ZAHIR BIN YAHAYA












KAKITANGAN PERPUSTAKAAN KUALA KUBU BHARU







EN DAUD BIN AKIL






PN MUNAZIAH BT SALIM







MUNALIZAN BT KASIM




PN ROHANI BT SANUSI



EN MOHD IZAHAR BIN ZAINOL




PERKHIDMATAN FOTOSTAT



Perkhidmatan mesin fotostat telah di sediakan kembali pada tahun 2010 di perpustakaan Syed mashor.Mesin fotostat yang di sediakan sebelum ini tidak dapat digunakan kerana rosak dan tidak dapat di baiki.Perkhidmatan ini juga memudahkan pengguna atau ahli perpustakaan membuat salinan (fotostat) maklumat yang di cari di perpustakaan ini.Setiap salinan (fotostat) di kenakan bayaran Rm 0.10 setiap 1 helaian.

PERKHIDMATAN KOMPUTER DAN INTERNET




Perpustakaan Syed Mashor juga menyediakan perkhidmatan komputer secara percuma kepada ahli perpustakaan yang
berdaftar.Perkhidmatan ini mula di sediakan pada tahun 2006 oleh KTAK,pada tahun berikut KTAK telah menamatkan kontrak dan di ambil alih oleh TEKAD.Perkhidmatan ini membolehkan ahli perpustakaan menggunakan untuk tujuan pencarian maklumat.Perkhidmataan penggunaan komputer secara percuma ini boleh digunakan ahli perpustakaan hanya 1 jam sahaja,ini kerana bilangan komputer adalah terhad.Di dalam perkhidmatan komputer secara percuma ini juga menyediakan PRINTER,SCANNER.Untuk penggunaan printer atau scanner ahli perpustakaan perlu memberitahu pada staff perpustakaan bagi mengelak berlakunya kesilapan atau kerosakan dan sebagainya.Setiap penggunaan printer atau scanner ahli perpustakaan perlu menggunakan kertas A4 yang di sediakan pihak perpustakaan dan akan di kenakan bayaran seperti berikut :




Print-Rm 0.30 1 helai kertas A4


Scan-Rm 0.30 1 helai kertas A4






Friday, June 4, 2010

Sejarah Perpustakaan Kuala Kubu Bharu

Perpustakaan Daerah Hulu Selangor Kuala Kubu Bharu telah mula berkhidmat pada 1975 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.Bangunan baru perpustakaan daerah ini telah di buka kepada orang ramai pada 1 julai 1992,Sempena perasmiannya pada 21 oktober 1994 oleh YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib,Perpustakaan ini telah dinamakan PERPUSTAKAAN SYED MASHOR.Koleksi perpustakaan ini mengandungi lebih dari 100 000 naskah buku dan pelbagai jenis majalah...